Terms of service

Pengendali kedai

Laman sheclinic.my dikendalikan oleh Rumah Sihat Kita Sdn. Bhd. (No. SSM: 202001004730).

Produk & nasihat perubatan

  • Maklumat produk di laman ini adalah untuk tujuan pendidikan dan tidak menggantikan konsultasi, diagnosis atau rawatan doktor.
  • Suplemen bukan pengganti diet seimbang. Hasil penggunaan berbeza bagi setiap individu dan tidak menjamin kehamilan.
  • Ubat yang memerlukan preskripsi hanya dibekalkan selepas konsultasi bersama doktor SHE Clinic. Doktor berhak menolak atau membatalkan pesanan yang tidak sesuai untuk pesakit.

Harga & bayaran

  • Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Kami berhak mengubah harga tanpa notis awal; harga yang terpakai ialah harga semasa pesanan dibuat.
  • Pesanan hanya disahkan selepas bayaran berjaya diterima.

Pembatalan pesanan

  • Pesanan boleh dibatalkan sebelum dihantar dengan menghubungi kami. Pesanan yang telah dihantar tertakluk kepada Polisi Pemulangan.
  • Kami berhak membatalkan pesanan jika stok habis, berlaku kesilapan harga, atau atas sebab keselamatan pesakit, dengan bayaran balik penuh.

Lain-lain

  • Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
  • Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di laman ini.